9 Sikap Bijak Yang Ada Pada Jutawan Usahawan Sejati

Sumber: https://rajakamil.biz/

Sikap Yang Sangat Efektif

Pernah terfikir kenapa bisnes yang anda lakukan macam tak menjadi je? Buat apa pun, tak jadi-jadi. Jawapannya mudah sahaja, anda tidak mempunyai sikap yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan.

Kebanyakan jutawan mempunyai sikap-sikap yang sama antara satu sama lain. Dalam post ini, saya akan kongsikan 9 sikap tersebut di sini.

1. Mulakan setiap hari anda sebelum terbit matahari

Nama Jutawan: Peter Shankman
Syarikat: The Geek Factory, sebuah butik social media, marketing, and PR strategy firm with such clients as American Express, Disney, NASA, and Sprint
Lokasi: New York City
Jualan: Jual syarikat perkhidmatan PR beloai Help a Reporter Out kepada Vocus, Inc.,dengan harga beberapa juta dollar pada tahun 2010

“Saya bangun pada 4:15 pagi, setiap hari” kata Peter Shankman, yang sekarang ini menyandang jawatan sebagai penasihat kepada Vocus Inc.

“Ia amat mengujakan jika kita dapat siapkan urusan kita awal-awal pagi”

Setiap pagi tersebut adalah amat penting bagi beliau yang mana waktu tersebut digunakan untuk menghubungi kenalan beliau.

“Kita semua ada ramai dan banyak “network”. Dan kebanyakan kita tak kisah untuk menghubungi mereka walaupun hanya untuk bertanya khabar sebaliknya bila perlukan mereka baru nak hubungi mereka. Ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk kembangkan “network” kita.”

2. Membaca Setiap Hari

Nama Jutawan : Russel Sarder
Syarikat : IT Training Business NetCom Learning
Lokasi : New York
Jualan : Melebihi 10 Juta Dollar

Tak kira bagaimana sibukpun Russel untuk mengembangkan bisnes beliau, beliau sentiasa mencari masa untuk membaca.

“Saya berasal daripada Bangladesh, antara negara termiskin di dunia, tapi semua ibu bapa di sana nak anak mereka cemerlang dalam pelajaran” kata Sarder yang berusia 38 tahun yang menubuhkan NetCom Learning pada usia 23 tahun.

“Nilai untuk sentiasa belajar diterapkan oleh ibu bapa saya, dan membaca adalah komponen terbesar untuk pembelajaran sepanjang hayat”

Setiap hari pada minggu perniagaan, beliau menghabiskan 1 ke 2 jam untuk membaca. Manakala pada hujung minggu, sehingga 10 jam.

Beliau mencadangkan buku berikut :-

The Five Dysfunctions of a Team, mengenai cara untuk jadikan pasukan kerja anda sama-sama mencapai cita-cita yang sama
The Four Kinds of Sales People, yang mana membantu untuk membuang penjual yang bersmasalah daripada sistem.
Good to Great, yang mana membantu beliau dalam menguruskan syarikat.

3. Keluar Daripada Zon Selesa

Nama Jutawan: Jennifer Dunphy
Syarikat: Vayu Media, syarikat SEO antarabangsa
Lokasi: Atlanta
Jualan:$5 million-plus

“Anda tidak boleh benarkan ketakutan menguasai diri” kata Jennifer, 29 tahun
pengasas bersama Konrad Rzasa, 34 tahun bagi syarikat Vayu Media

“Untuk berjaya, anda perlu lakukan banyak perkara di luar zon selesa anda secara biasa”

Jennifer kata, beliau perasan kesan sikap ini pada dirinya. “Saya dapati, setiap kali saya lakukan perkara yang saya tidak selesa lakukannya, saya kan mendapat kejayaan yang besar daripadanya”

Sekarang ini, bisnes beliau menumpukan pasaran Hispanic, dan nampaknya beliau terpaksa keluar daripada zon selesa lagi. “Saya perlu selesakan diri saya untuk pasaran ini, demi menunjukkan syarikat kami bersedia dan juga di hadapan pekerja berbahasa Sepanyol, saya boleh mewakili syarikat dengan baik” kata Jennifer lagi di mana sekarang ini, beliau sedang berlatih untuk bertutur bahasa Sepanyol dengan lancar

4. Dapatkan 2 Jam Waktu Damai Pada Hujung Minggu

Nama Jutawan: Mark Stevens
Syarikat: Marketing and consulting firm MSCO
Lokasi: Rye Brook, New York
Nilai syarikat:$10 million-plus

Bayangkan diri anda menghabiskan 2 jam penuh di tempat yang tenang dan damai, hanya untuk berfikir.

Ini merupakan rutin mingguan bagi Mark Steven yang selesa dipanggil Atan. Sikap ini bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Aktiviti yang digemari beliau ialah mendaki.

“Saya dapati, saya dapat memikirkan tentang kehidupan saya, dan juga hala tuju perniagaan saya semasa mendaki. Hanya biarkan fikiran saya melayang” kata Atan.

“Begitu juga bagaimana saya dapat ilham untuk menghasilkan Buku Bestseller saya, “Your Marketing Sucks” tambah Atan lagi.

Kepada yang rasa mereka terlalu sibuk, Atan ada jawapannya. “Saya percaya, seperti Einstein, masa itu boleh dibengkokkan. Anda boleh buat apa sahaja dengan masa anda. Jikalau anda tiada masa untuk bermimpi mencapai cita-cita anda, anda berada dalam masalah yang sangat besar”

 5. Sentiasa Berjimat

Nama Jutawan: Craig Wolfe
Syarikat: CelebriDucks, koleksi Rubber Duck (itik mainan)
Lokasi: San Rafael, California
Net worth:Juta-juta

Usahawan perlu bekerja keras pada awal perniagaan. Tapi apa yang berlaku selepas mereka mendapat Satu Juta pertama mereka?

“Setiap tahun saya lihat banyak syarikat yang berbelanja sakan bagai nak gila. Selepas itu mereka jatuh muflis. kata Craig yang mesra dengan panggilan Epul. Itu adalah takdir yang mereka cuba elakkan sejak mula menjadi usahawan.

“Saya tak pernah berhutang” jelas Epul. “Kad kredit, pinjaman kereta dan lain-lain — semuanya saya selesaikan serta merta, jadi saya tak perlu bayar interest (riba). Saya hanya beli benda yang saya perlu beli sahaja.

Epul menghasilkan rubber duck yang menyerupai artis, ahli sukan dan rock star dan beliau mengatakan kejayaan beliau datang daripada kebijaksanaan menguruskan kewangan.

6.  Bekerja Ketika Bersenam

Nama Jutawan: Jeremy Shepherd
Syarikat: PearlParadise.com, syarikat menjual mutiara secara online
Lokasi: Los Angeles
Jualan: $20 juta

Kebanyakan orang di gym, menonton TV atau dengar musik melalui iPod mereka ketika bersenam. Tapi tidak Jeremy Shepherd, yang terkenal dengan panggilan Abang Burn.

“Ketika saya berlari, saya memilih cabaran atau peluang terhadap bisnes dan mengkaji setiap aspek” kata beliau. “Inilah sahaja masa yang saya ada setiap hari, yang saya berada SANGAT FOKUS, dan biasanya, saya akan temui kesimpulan dan keputusan untuk bisnes saya.

Kebaikan bersenam setiap hari seperti yang ramai tahu ialah, kurangkan stress, meningkatkan ketajaman mental, dan kesihatan jantung. Dan ia juga adalah perkara penting untuk bisnes.

“Apa bila saya berada di pejabat, saya tidak mempunyai masa untuk fokus sangat pada masalah yang tertentu” kata Abang Burn. “Tapi, apabila saya mempunyai 30 minit ke 1 jam masa yang tidak terganggu untuk berfikir, saya biasanya akan temui jawapan dan penyelesaian”

7. Jangan Pernah Berhenti Belajar

Nama Jutawan: Stacy Pursell
Syarikat: The Vet Recruiter
Lokasi: Tulsa, Oklahoma
Jualan: Lebih $5 Juta

Stacy Pursell a.k.a Rogayah sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan diri beliau dan bisnes. “Lagi banyak saya belajar, lagi banyak saya sedar apa yang saya tidak tahu, jadi saya seronok belajar daripada orang lain”, kata beliau bersungguh-sungguh

Rogayah memperuntukkan masa berharganya itu, setiap minggu melalui telefon dengan jurulatih industri, webinar, dan CD/DVD mengenai topik jualan, bisnes, sosial media dan komunikasi. Baru-baru ini, ketika berhadapan dengan cabaran dalam berurusan daripada pelanggan luar negara, beliau mengupah jururunding dan jurulatih untuk membantu beliau menguruskan perbezaan budaya.

“Saya akan jadi seorang yang sombong kalau saya buat semua perkara itu sendirian, jadi saya kena mendapatkan bantuan luar,” kata Rogayah, yang bukan sahaja berjaya menghasilkan jualan tersebut bahkan mendapat keuntungan yang paling besar setakat ini.

8. Sentiasa Bermotivasi

Nama Jutawan: Kevin Ou
Companies: KEV!NOU PhotographyModern Home + LivingLumenere, Inc.
Lokasi: Los Angeles
Jualan: $1 million-plus

“Tiada siapa yang sentiasa bermotivasi 100 peratus,” akui Kevin juga dikenali Fadhil, jutawan pengiklanan dan jurufoto selebriti yang mengambil gambar selebriti seperti Elijah Wood, Criss Angel, Jamie Kenedy dan Snoop Dogg.

“Setiap usahawan ada hari yang mereka down giler atau hari yang buat benda semua tak jadi”

Penyelesaian Fadhil? Mudah sahaja, subscribe dan baca blog & email yang sentiasa memberi inspirasi dan kata-kata hikmah beberapa kali sehari. Antara yang beliau minati Daily OmTUTGoal Setting Guide, dan MyDailyInsights.

“Sikap ini bermula pada satu hari di mana saya sedar yang kejayaan datang dengan banyak kegagalan,” kata Fadhil. “Ia memang tidak diduga. Saya perasan, bila bisnes saya tak menjadi, saya rasa kecewa dan down giler. Jadi saya bina sistem kepercayaan diri, untuk bantu saya terus maju ke hadapan”

9. Buat Satu Kebaikan Setiap Hari

Nama Jutawan: Ben Federman
Syarikat: 1SaleADay.com
Lokasi: Brooklyn, New York
Jualan: $100 million

Pada umur 28 tahun, Ben Federman (Ramli) telah mencapai status kewangan yang ramai usahawan mimpian. Namun, dengan banyak kejayaan, di situ juga datang tanggungjawab. Makin lama makin jelas, yang Ramli perlu “beri balik” – samada membantu mereka disekitar beliau atau orang-orang tuan – ia menjadi satu perkara penting sebagaimana menjalankan bisnes beliau yang bernilai juta-juta itu.

“Sejak dulu lagi saya dah boleh bersara dengan gembira dan happy go lucky” terang Ramli yang memperuntukkan 50 peratus pendapatan beliau kepada organisasi kebajikan dan berharap ia dapat menjadi motivasi kepada usahawan lain untuk membantu sedaya upaya mereka. “Tapi, lagi banyak saya jumpa orang yang memerlukan, lagi banyak saya sedar yang komuniti kita, negara kita dan dunia memerlukan kita — dan ini menjadikan saya sentiasa bermotivasi dan inovatif”

Adakah anda mempunyai idea bisnes yang sorang pun tak nak percaya kepada anda? Jadikan mereka di atas ini, sumber inspirasi anda dan bantu bisnes anda pacu mencapai kejayaan.

Artikel ini diterjemah dan diolah daripada sumber asal, 9 Smart Habits of Real Millionaire Entrepreneurs

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *