Passive Income : Tak Kerja Income Jalan

Sumber : https://rajakamil.biz/

Teori Pasif Income, Tak Kerja Income Jalan

Maksud Passive Income, atau Pendapatan Pasif

= tak kerja, income jalan

Secara reality, kerja juga, tapi minimum.

Ilmu pasif income ni banyak. Sejak awal berniaga lagi, saya dah cuba mengkaji tentang
passive income ni.

Ada banyak teori, ada banyak kaedah, ada banyak ‘vehicle’.
Tapi, saya suka yang satu ni.

Ni ciri-ciri pasif income yang terbaik, yang saya jumpa.

  1. Low risk
  2. Stabil
  3. Tak payah buat apa-apa
  4. Terbuka untuk semua
  5. Compounding
  6. Mudah, tak complicated
  7. Terbukti
  8. Scalable

Low risk

Saya tak nak passive income yang high risk. High risk, buat saya risau, anxiety…

Stabil

Tak nak yang tak stabil. Awal-awal je passive, lepas tu, takde dah. Atau, kejap ok, kejap tak.
Tak keterlaluan, kalau saya kata, “kalis masalah ekonomi”.

Tak payah buat apa-apa

Ciri-ciri sebenar passive income. Tak payah buat apa-apa. Tunggu je. Tak payah jumpa penyewa.
Tak payah tengok skrin komputer. Tak payah buat apa-apa lah.

Terbuka untuk semua

faham konsep, faham teori, jalan. Tiada diskrimansi, tiada geo location restricted. Kat mana2 tempat di dunia boleh buat.

Compounding

Makin lama, makin banyak.

Mudah tak complicated

Kalau belajar sampai tadika pun, boleh buat.

Terbukti

Saya dah jumpa orang yang buat. Saya sendiri dah buat. Dan anda juga mungkin dah buat.

Scaleable

Pada saya ni, penting. Nak something yang boleh mula dengan modal kecil. Tapi ada potensi untuk berkembang, bila kita ada modal lebih banyak nanti.

Apa dia?

  1. cari mana-mana pelaburan yang low risk, low return, stabil dan bagi pulangan setiap tahun, tanpa miss.
  2. Setakat yg saya jumpa 3 ke 5% p.a . Mungkin anda gelak je. Anda gelak, sebab duit anda tak banyak, tu je. hehe
  3. Saya dapati, investment with return below 5%, stabil, dan banyak pilihan ! Buat homework sikitlah.
  4. Untuk tujuan pengiraan.

Katakan anda menyimpan RM1200 setahun.
Dengan pulangan average 5% p.a
Selepas 10 tahun : Simpanan anda RM12,000 + Keuntungan anda RM3499

Kecil kan. Tapi, cuba simpanan anda RM1.2 juta, dengan kadar yg sama di atas.
Selepas 10 tahun : Simpanan anda RM1.2 juta + RM754,674

  1. Lebih besar simpanan anda, lebih banyak passive income anda.

Macam mana nak bermula?

Macam mana nak jadikan Passive Income ni, Tiket kepada Financial Freedom anda.

Ingat balik, Financial Freedom tu apa?

Secara ringkas. Passive income – Belanja > 0

Passive income tu boleh cover perbelanjaan anda, maka anda dah capai Financial Freedom.
Kalau anda belanja RM1000 sebulan.
Passive income anda RM1000 sebulan.
Maka secara teori, anda dah financial freedom. hehe

Mudah kan. Jom kita kira berapa anda perlukan untuk capai financial freedom.

Peringatan : Financial Freedom, tak menjamin anda masuk syurga. #donesentap

Langkah 1 : Berapa perbelanjaan anda setahun?
Katakan RM1000 sebulan.
Setahun jadi RM12,000

Langkah 2 : Bahagi 0.05. Kenapa 0.05 ? Sebab pulangan 5% setahun daripada pelaburan.
So, RM12,000 bahagi 0.05 = RM240,000

Langkah 3 : Cari pelaburan, low risk, stabil return, yang boleh bagi pulangan 5% setahun.
ASB, ASH, Koperasi, antara yang saya tahulah. Boleh study lagi.

Langkah 4 : Simpan sikit-sikit, sampai cukup jumlah dalam #langkah2 tadi.

Pembuktian

Itu teori dia.

Benda ni dah terbukti. Seorang pakcik ni, saya kenal sejak kecil.
Umur 38 tahun, berhenti kerja. Jual saham syarikat. Dapat cash RM5 juta

Duit tu, dia simpan Tabung Haji dan beberapa tempat lain.
Guna duit dividen, bonus tabung haji tu, dia besarkan 6 orang anak dia.
20 tahun kemudian, dia masih lagi guna duit dividen bonus tu je.

Benda dah proven. Anda fokus active income betul-betul.
Buat bisnes betul2, sampai boleh untung banyak-banyak.

Tapi, belanja seminimum yg mungkin.

Ilmu ni, saya tak patut share terbuka macam ni kat sebarangan orang.
Sebab ramai yang skeptik, kata 5% sikit, baik dia jual besi buruk je.

Tak percaya, tunggulah post ni dapat 1000 share (which tak ramai akan share pun).
Nanti, bacalah balik komen2 kat bawah ni.

Itulah cerita dia.
Benda ni, orang miskin boleh buat, orang kaya boleh buat.

Semoga bermanfaat.
Raja Kamil

Semoga anda cepat capai Financial Freedom, jadi tak payah kerja.
Dan boleh fokus kat ibadah, pembangunan ummah.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *